Misi PAP untuk Singapura lebih relevan dari yang lain

  • Print
  • Email

Enam puluh tahun lalu, saya dan sekumpulan kecil warga Singapura yang sama pemikiran bertemu untuk membentuk Parti Tindakan Rakyat. Matlamat kami adalah mencapai kemerdekaan - Merdeka dari British.

Mulai 21 November 1954, kami gigih berjuang untuk mencapai matlamat kami. Perjuangan itu membawa kami keluar dari jajahan British dan setelah itu menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, dan kemudiannya berpisah dan menjadi Republik Singapura.

Saya dan rakan-rakan sekerja ingin membina sebuah masyarakat yang lebih adil dan seimbang. Kami mengambil iktibar dari kesukaran yang dihadapi tentang apa itu politik dan perebutan kuasa yang sebenarnya.

Kami bekerja untuk dan bersama-sama rakyat. Kami terus mendukung prinsip-prinsip asas: bersih, jujur dan pemerintah yang berkesan, memberi pekerjaan kepada calon yang paling layak, bersikap adil kepada semua tanpa mengira kaum, bahasa atau agama. Kami mengagihkan hasil kemajuan secara meluas. Kami membaiki kehidupan rakyat Singapura menerusi pekerjaan yang baik, pemilikan rumah HDB mereka, dan masa depan lebih cerah untuk anak-anak mereka.

Singapura maju dari Dunia Ketiga ke Dunia Pertama. Tetapi kerja yang dilakukan belum selesai. Kerja-kerja yang dilakukan sentiasa berubah, dan kita juga demikian.

PAP telah kekal berkuasa selama lebih setengah abad, kerana ia sentiasa menyesuaikan dirinya kepada perubahan dalam masyarakat dan dunia sekeliling kita. Kita mesti terus mengekalkan dinamisme Parti, kekal relevan dan sentiasa seiring masa.

Obor telah diserahkan kepada generasi baru Singapura. Hari ini kita menikmati kehidupan lebih baik dan peluang yang lebih banyak, tetapi tugas Parti adalah genting dan sukar. Parti mesti mengekalkan sokongan dan kepercayaan warga, menyediakan kepimpinan bagi memenuhi cita-cita rakyat, terutamanya golongan muda, dan bekerja bersama mereka untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih baik dan Singapura yang lebih utuh.

Buku ulangtahun ke-60 ini menelusuri saat-saat genting Parti kita. Ia merupakan satu penghargaan kepada ramai orang yang memastikan Parti terus kuat dan sihat, dan negara kita aman dan makmur.

Saya harap ia membantu generasi muda untuk mengenang masa lalu kita, dan mendorong mereka untuk memandang ke depan.

Selama 60 tahun, misi PAP dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang adil telah menyumbang kepada satu kehidupan yang lebih baik untuk seluruh rakyat Singapura. Misi ini adalah lebih relevan dari yang lain. Usaha kami dan nilai-nilai kami adalah sesuatu yang berkekalan - untuk membangunkan sebuah Singapura yang lebih baik, untuk rakyat Singapura dan bersama-sama rakyat Singapura.

Marilah kita terus maju bersama-sama dan berusaha menikmati hari esok yang lebih cerah.

This article was first published in the November 2014 issue of Petir Magazine.

Related posts

Copyright © 2016 People's Action Party. All Rights Reserved
Published by and at the directions of People's Action Party
PAP HQ, Block 57B New Upper Changi Road, #01-1402 Singapore 463057

This website is best viewed in IE 10 and above, Firefox and Chrome.