'PAP akan sentiasa berada di pihak Singapura dan warganya'

  • Print
  • Email

Kami menyiarkan semula sedutan ucapan Setiausaha Agung PAP Lee Hsien Loong semasa acara meraikan ulang tahun ke-60 PAP di Dewan Konsert Victoria pada 7 November 2014.

"Sejak 60 tahun lalu, PAP telah memainkan peranan genting di Singapura, membawa kita maju dari Dunia Ketiga ke Dunia Pertama.

Untuk kesemua ini, kita mesti berterimakasih dengan aktivis kita, yang sentiasa bersama berkhidmat di lapangan, yang telah menjaga kesejahteraan penduduk, yang menarik sokongan, memberikan maklum balas dan memastikan Parti kekal rapat dengan rakyat.

Aktivis seperti Komrad Seah Chin Heng, yang tidak berbelah-bagi menyumbang tenaga kepada Parti selama 55 tahun. Atau Komrad Png Wee Chor, yang merupakan penyokong sejati yang pasti meluangkan waktu untuk sama-sama berkempen setiap kali berlangsung pilihan raya, dan kepada semua aktivis lain dalam memastikan setiap keperluan dijaga, dan makanan untuk setiap mereka disediakan.

Dan aktivis lain juga, termasuk mereka yang bersama parti sejak 60 tahun lalu, dan sebahagiannya, bersama-sama mengasaskan parti ini, di dewan ini, seperti Komrad Chen Li Zhao.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada para pemimpin parti kita. Itulah sebabkan kami telah mengundang beberapa generasi perintis AP-AP kita untuk samasama berada di pentas untuk majlis ini.

Termasuklah, Komrad Ong Pang Boon, setiausaha penganjur kita yang pertama, yang membantu menyatukan parti sewaktu tahuntahun sukar.

Komrad Mahmud Awang, yang membantu membentuk NTUC dan berdiri di barisan depan dalam pertentangan kami melawan komunis. Atau Komrad Chan Chee Seng. Beliau adalah seorang yang telah berada di sini sejak 60 tahun lalu, menguruskan bilik dan mempersiapkannya. Beliau benar-benar pendukung parti. Pada hari melaksanakan undi percaya pada 1961, jika tidak kerana beliau yang menyakinkan Cik Sahorah (Ahmat), salah seorang Anggota Dewan kita, yang sakit di hospital, untuk tinggalkan katil hospital, dalam sebuah ambulan, yang dibawa ke dewan, dan untuk tampil dan mengundi, kita tidak mungkin dapat menang dengan kelebihan satu undi itu. Singapura mungkin menjadi suatu yang sangat berbeza.

Atau Komrad Yeo Toon Chia yang membantu kita bermula di bandar baru Ang Mo Kio.

Terdapat mereka yang tidak dapat bersama kita petang ini. Enam puluh tahun telah berlaku, ada telah pun meninggalkan kita. Yang lain pula, tua dan uzur dan tidak dapat hadir.

Tetapi saya fikir kita harus mengingati mereka. Seperti P. Govindasamy, yang merupakan salah seorang pekerja penghantar surat yang menemui Encik Lee Kuan Yew untuk mewakili posmen semasa mogok posmen pada 1952 - di mana ia merupakan khidmat guaman pertama Encik Lee untuk kesatuankesatuan sekerja dan ia membantu melancarkan perjalanan beliau dalam laluan politiknya. Atau Dr Goh Keng Swee, atau Encik Rajaratnam, atau Encik Othman Wok, Dr Toh Chin Chye, atau Encik Devan Nair, kesemua mereka adalah orang kanan Encik Lee.

Mendedikasikan diri kita kepada parti dan untuk Singapura

Tetapi sebahagian besarnya, kita amat berterima kasih kepada Encik Lee Kuan Yew, setiausaha agung kita yang pertama, yang mengasaskan Parti Tindakan Rakyat, dan menjadikannya sebagai satu gerakan nasional, memimpinnya untuk membangunkan Singapura, dan terus membinanya demi untuk kepimpinan seterusnya, untuk penggantinya, Encik Goh Chok Tong dan pasukannya, dan untuk pengganti selepas itu, saya dan pasukan saya. Saya benar-benar gembira beliau dapat bersama kami hari ini, 60 tahun selepas melancarkan parti di sini di Dewan Peringatan Victoria. Jadi marilah kita mengingatkan diri kita tentang bagaimana kita dapat berada di sini. Dan mendedikasikan diri kita kepada parti dan untuk Singapura.

Kita mesti memandang ke depan di mana laluan kita akan menjadi berbeza. Masyarakat kita telah berubag, aspirasi rakyat telah meningkat dan dunia telah merubah kita, lebih pantas dari biasa.

PAP mesti terus menyediakan kepimpinan yang baik untuk Singapura

Tetapi, satu perkara tidak berubah dan takkan berubah - Singapura memerlukan kepimpinan yang baik, dan PAP punya amanah dan tanggungjawab untuk menyediakan kepimpinan sedemikian untuk Singapura. Kita adalah sebuah parti nasional yang mewakili rakyat Singapura dari segenap lapisan, kita mesti kekal sebegitu. Kita punya satu barisan Menteri dan AP, pemimpin nasional dan aktivis akar umbi, tenaga penggerak dan penganjur. Mereka komited kepada SIngapura, berupaya membawa negara kita maju.

PAP tidak boleh menolak tanggungjawab ini, apalagi mengenepikan tanggungjawa ini. Jika kita gagal, Singapura akan mengalami masalah besar, dan kita tidak boleh gagal. Ia kekal begitu sehingga sekarang, dan akan terus demikian untuk selama-lamanya.

Jadi kita mesti terus mendukung wawasan dan matlamat PAP. Kita mesti membangunkan pemimpin baru, memastikan parti terus dinamis dan utuh, berada dekat dengan rakyat. Terus memenangi sokongan mereka, dan meraih kepercayaan mereka.

Daripada kesemua ini barulah kita dapat bertindak bagi pihak rakyat. Kita boleh berkhidmat dengan rendah diri, sedar akan tanggungjawab kita kepada rakyat Singapura, untuk generasi hari ini dan masa depan. Dan kita boleh memimpin Singapura mencapai kemajuan yang lebih baik lagi.

Walau betapa sukar sekalipun, atau dalam keadaan apapun kita berada, PAP akan terus berada di pihak Singapura dan rakyatnya, dan akan terus melakukan yang terbaik untuk Singapura dan untuk rakyat Singapura.

Jadi marilah kita berikrar semula sebagaimana kita lakukan untuk Ikrar Parti: Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang rancak, adil dan saksama, dengan mencapai kecemerlangan untuk semua, agar setiap rakyat Singapura, tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama, boleh menikmati kehidupan yang ceria dan bermakna."

This article was first published in the November 2014 issue of Petir Magazine.

Related posts

Copyright © 2016 People's Action Party. All Rights Reserved
Published by and at the directions of People's Action Party
PAP HQ, Block 57B New Upper Changi Road, #01-1402 Singapore 463057

This website is best viewed in IE 10 and above, Firefox and Chrome.