Party Convention 2013: Speech by PM Lee (in Malay)

  • Print
  • Email

Singapura kini berada dalam satu fasa baru. Saya telah melakarkan arahtuju strategik yang baru di Rapat Umum Hari Kebangsaaan tahun ini. Pemerintah dan masyarakat akan meng-gandakan usaha untuk menyokong setiap individu. Bagaimanapun, setiap rakyat mesti berusaha sebaik mungkin. Kita ada pelbagai idea dan strategi untuk memastikan masa depan yang lebih cerah untuk Singapura. Rancangan kita ini akan memper-baiki kehidupan semua rakyat Singapura, tidak kira bangsa, bahasa atau agama.

PAP untruths bertanggungjawab untuk memimpin Singapura dan membantu kita menjadikan impian kita satu realiti. Kita telah melakarkan sebuah Resolusi yang mengandungi matlamat Partai bagi tahun-tahun mendatang, dan bagaimana ia akan membantu rakyat Singapura untuk berjaya.

PAP memainkan peranan istimewa dalam Singapura. Melalui kerjasama yang rapat dengan rakyat Singapura, kita telah berjaya membuat transformasi dari sebuah Negara Dunia Ketiga ke Negara Dunia Pertama. Dalam fasa baru ini, PAP mesti terus menerima sokongan rakyat, supaya ia dapat bertindak bagi pihak mereka dan memimpin Singapura ke satu tahap yang baru.

Salah satu tugas kita ialah untuk terus memper-kukuh-kan identiti kita sebagai rakyat Singapura. Semua kaum dan agama hidup secara aman dan sentosa di Singapura.

Semua kumpulan telah mengecap kemajuan, termasuk orang Melayu/Islam. Kita mahukan agar setiap masyarakat boleh men-jalani kehidupan dengan cara mereka sendiri dan mengamalkan adat-budaya masing-masing sebebas yang mungkin.

Saya faham tiap kumpulan akan meng-ingin-kan ruang lebih luas, tetapi kita semua perlu bertolak ansur dan menampung keperluan satu sama lain. Dengan ini, barulah kita boleh hidup bersama secara aman dan harmoni. Sejak sekian lama, PAP telah memper-juang-kan layanan adil untuk semua rakyat khususnya kumpulan-kumpulan minoriti, dan ini akan terus kita lakukan.

Ayuh, bersama saya memper-kukuh-kan Partai kita, memper-erat hubungan sesama kita, dan melangkah ke arahtuju yang baru, bersama-sama. Ayuh, bergandinglah dengan saya untuk menawan hati dan sokongan rakyat Singapura dari semua kaum, supaya Singapura boleh terus maju jaya untuk tahun-tahun mendatang.

This speech was delivered by PM Lee Hsien Loong, Secretary-General of the People's Action Party, on December 8, 2013 at Kallang Theatre.

Related posts

Copyright © 2016 People's Action Party. All Rights Reserved
Published by and at the directions of People's Action Party
PAP HQ, Block 57B New Upper Changi Road, #01-1402 Singapore 463057

This website is best viewed in IE 10 and above, Firefox and Chrome.